Pelakon Ashraf Muslim tersentuh melihat para pesakit COVID-19 membaca Al-Quran dengan tenang di wad hospital yang sama dengannya.

Menurut Ashraf, kebanyakan pesakit di situ menganggap penyakit COVID-19 adalah satu asbab untuk mereka lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

"Hari ini saya tersentuh hati bila melihat kesungguhan mereka membaca Al-Quran dalam keadaan mereka semua adalah pesakit COVID-19 yang cukup digeruni dan ditakuti.

"Tapi mereka di sini sungguh tenang melalui segala macam di sini, bagi mereka COVID-19 adalah asbab untuk Allah uji keimanan seseorang itu," tulis Ashraf di Instagram.



Dalam pada itu, Ashraf turut mengajak orang ramai untuk sentiasa membaca Al-Quran dan berdoa kepada Tuhan.

"Rakan-rakan marilah kita penuhi masa dengan membaca dan mendekatkan diri dengan Al-Quran, dan berdoalah sepuas-puasnya.

"Insya-Allah, Allah akan bantu kita semua, percayalah kawan-kawan," tulisnya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Ashraf di ruangan komen.

Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan memuji kecekalan Ashraf ketika berada di hospital.

Assalamualaikum... Hari ni AM tersentuh hati bila melihat kesungguhan mereka membaca alquran dalam keadaan yg mereka semua adalah pesakit Covid19 yg cukup di geruni dan ditakuti. Tapi mereka disini sungguh tenang melalui segala macam disini. Bg mereka covid adalah asbab utk Allah uji keimanan seseorang itu. Allah rindukan kita utk mengadu padanya, bermanja denganNya. So.. bulan ramadan ini dipenuhi dgn aktiviti-aktiviti yg mendekatkan diri dgn Allah yg satu. Salah satunya membaca Al Quran. So rakan-rakan mari lah kita penuhi masa dgn membaca dan mendekatkan diri dgn Al quran.. dan berdoalah sepuas-puasnya... insyaallah Allah akan bantu kita semua.. Percayalah kawan-kawan. . . Dari kami wad 31, PKKN @ammarmatbah99 @abu.t_jayb @him_aziz @zafar_alfath @bi_pop @alongaiman25 @zul_helmi.32 #covidsurvivor #stopcovid19 . . @ashrafslegacy @ashrafmuslimsmuayyid #salamsayangsampaikesyurga

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on


Terdahulu, Ashraf telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran drama bersiri bersama Puteri Aishah dan Ben Amir di Scotland hujung bulan lalu.

Ashraf mula dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 12 April lalu dan masih menjalani rawatan di sana.