Hiburan
"Mereka Tak Bertanggungjawab Rebut Barang Macam Zombie" - Harith Iskander Cadangkan Supaya...
Pelakon, pengacara dan pelawak Harith Iskander kecewa dengan segelintir masyarakat yang tidak prihatin dan tidak bertanggungjawab sehingga tercetusnya panic buying.
Dalam satu IGTV di Instagram miliknya, Harith menganggap tingkah laku tersebut seolah-olah seperti zombie yang tidak punya perasaan lantas mengaut apa sahaja barang di pasaraya.
"Panic Buying tidak membantu situasi yang kita lalui sekarang. Ia membuatkannya menjadi lebih teruk.
"Berkumpul pada satu tempat membuatkannya lebih teruk. Anda membantu penyebaran virus (Covid- 19)," kata Harith dalam Bahasa Inggeris di IGTV miliknya.
Harith kemudiannya menyarankan agar semua memulakan satu gerakan yang dipanggil 'Panic Supporting'.
"Apa kata kita 'panik' untuk membantu antara satu sama lain terutamanya pada mereka yang tidak berkemampuan, yang miskin, yang kais pagi makan pagi, yang begantung kepada pendapatan harian untuk meneruskan kehidupan.
"Seperti makcik yang menjual nasi lemak, dia tidak boleh membuka gerainya buat masa sekarang dan dia tidak ada pendapatan harian," tambah Harith lagi.
Harith mencadangkan kumpulkan rakan-rakan dan ahli keluarga dan panikkan diri untuk memberikan sumbangan kewangan untuk mereka yang tidak berkemampuan supaya mereka juga mampu membeli barangan di pasaraya.
Tambah Harith, inilah masanya untuk memikirkan tentang orang lain kerana semua menghadapi situasi yang sama tetapi tidak semua mempunyai kapasiti yang sama.
Must-Watch Video