Hiburan
"Mereka Tak Salah. Saya Tak Kesah Pun .." - Isteri PU Abu Mohon Maaf Kepada Netizen
Isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa akui tidak kuat untuk menghadapi dugaan yang menimpa dalam kehidupannya.
Namun begitu, Hana tidak menyalahkan malah memohon maaf kepada netizen yang menerima komen balas daripadanya.
Hana memberitahu perkara itu menerusi ruangan Instagram Stories sewaktu mengadakan sesi soal jawab bersama pengikut pada Selasa lalu.
"Kadang-kadang tak kuat juga. Saya menangis je cuma tak update hihi.
"Mereka tak salah. Saya tak kesah pun. Cuma nak minta maaf pada beberapa orang yang saya ada reply secara beremosi," tulisnya.
Dalam pada itu, Hana juga mendedahkan dia sudah mengenali Abu Sufyan kira-kira lima tahun lalu.
"5 tahun lalu," tulisnya secara ringkas ketika ditanya bagaimana boleh mengenali Abu Sufyan.
Terdahulu, Hana telah membuka ruangan soalan untuk menjawab apa saja pertanyaan yang diajukan oleh pengikutnya menerusi Instagram (IG) miliknya.
Sebelum ini, bekas isteri Ain Afini menerusi laman sosialnya mendedahkan dia telah diceraikan Abu Sufyan selepas lelaki itu memilih untuk bernikah dengan seorang janda bernama Hana Azraa.
Akibat pendedahan tersebut, Hana dilabel sebagai seorang perampas dan menerima pelbagai jenis kecaman daripada netizen.
Must-Watch Video