Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Mereka Yang Cakna, Faham Sejarah Akan Mengerti Rasional Penganjuran TSSC," - Sultan Selangor

Gempak
20/08/2024 13:55 MYT
Piala Sultan Selangor (TSSC) telah dianjurkan sejak 23 tahun lepas, bertujuan untuk mengeratkan persaudaraan dua pasukan seteru utama Liga Malaysia suatu ketika dahulu iaitu Selangor dan Singapura.

Simbolik Persahabatan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, simbolik persahabatan dan muhibah kesukanan diraikan menerusi semangat piala itu juga dapat dimanifestasi sebagai teladan dalam membanteras gejala keganasan sukan.


Titah Baginda, keganasan sukan nampaknya masih berleluasa khususnya dalam arena bola sepak tempatan.

“Kepada yang cakna dan faham sejarah, mereka akan mengerti rasional di sebalik penganjuran dan turut sama meraikan Piala Sultan Selangor sebagai sebuah acara berprestij yang menyemarakkan semangat persahabatan dalam sukan.

“Selain mengembalikan nostalgia, penganjuran Piala Sultan Selangor adalah antara acara yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tempatan yang merindui zaman kegemilangan bola sepak Malaysia,” titah Baginda dalam laman Facebook Selangor Royal Office.


Titah Sultan Sharafuddin lagi, perseteruan antara Selangor dan Singapura dalam arena bola sepak Malaysia amat menakjubkan kerana kedua-dua pasukan itu adalah yang paling berjaya dalam sejarah Liga Malaysia pada zaman dulu.

BERITA TRENDING: Faisal Halim Akui Prestasi Positif Tapi Perlu Masa Capai Tahap Maksimum – “Beri Saya Ruang Untuk Kejar Semula”

BERITA TRENDING: Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Masuk Padang, Kekasih Ditahan

BERITA TRENDING: “Pertama Kali Terhentak Macam Ini, Kena Belakang Kepala, Bergegar Otak” - Suami Shila Amzah Perlu Rehat 6 Minggu Selepas Jatuh Main Bola

BERITA TRENDING: Faisal Halim Sedih & Terkesan Dengan Keputusan Kim Pan-gon Letak Jawatan - “Saya Masih Ingat Dua Bulan Lepas Jurulatih Datang Ke Hospital & Berikan…”


Tidak seperti kejohanan lain, titah Baginda lagi, Piala Sultan Selangor adalah eksklusif untuk satu perlawanan utama antara Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura. Selain itu, turut diadakan perlawanan persahabatan bersifat pertunjukan antara pasukan Veteran Selangor menentang Veteran Singapura.


“Legenda bola sepak Selangor seperti Datuk Zainal Abidin Hassan dan lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad sendiri mengakui mereka amat teruja dengan penganjuran Piala Sultan Selangor.


“Mereka menyifatkan ia sebagai satu platform mengimbas kembali nostalgia “permusuhan tradisi” antara kedua-dua pasukan,” titah Baginda.

Memberi Fakta

Baginda bertitah, penjelasan itu adalah bagi memberi fakta tepat khususnya kepada generasi baharu yang masih belum faham atau dimomokkan dengan informasi mengelirukan tentang sejarah sebenar kewujudan Piala Sultan Selangor.


Mengikut sejarahnya, penganjuran Piala Sultan Selangor bermula pada tahun 2001, dicadangkan sendiri oleh Sultan Sharafuddin selepas Singapura keluar dari Liga Malaysia pada 1994.

Penganjuran piala itu adalah bagi meraikan dan mengimbas kembali hebatnya perseteruan tradisi antara Selangor dan Singapura yang pernah mewarnai arena bola sepak tempatan.


Diadakan setiap tahun sama ada di Stadium Shah Alam atau National Stadium Singapura, kali terakhir kejohanan ini berlangsung adalah pada tahun 2019 sebelum ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Sumber: Astro AWANI

#Sultan Selangor #Sultan Sharafuddin Idris Shah #Piala TSSC
;