Hiburan

"Mereka Yang Pernah Kehilangan Pasti Rasa Perkara Sama..." - Shiha Zikir Kongsi Rasa Sebak Ketika Menyambut Raya

gempak
Asraf Aided
25/05/2020
03:19 MYT
Sponsor Banner
"Mereka Yang Pernah Kehilangan Pasti Rasa Perkara Sama..." - Shiha Zikir Kongsi Rasa Sebak Ketika Menyambut Raya
Penyanyi dan bintang Dansa Dan Sing, Shiha Zikir berkongsi momen sebak yang sering dihadapinya ketika menyambut Aidilfitri.
Menurut Shiha, dia sering terkenangkan pemergian bapanya, Allahyarham Mohd Zikir yang meninggal dunia 12 tahun lalu akibat masalah jantung.
"Saya selalu berasa sebak di Hari Raya ketika mengenangkan pemergian arwah Abah, saya sangat rapat dengannya ketika masih ada dahulu.
"Boleh dikatakan, bukan sahaja pada Hari Raya, malah hari-hari lain yang saya lalui juga pasti akan teringat arwah Abah, mereka yang sudah kehilangan orang tersayang pasti akan rasa perkara yang sama," kata Shiha kepada Gempak.
Sementara itu, Shiha juga mahu orang ramai yang masih mempunyai ibu bapa untuk menghargai mereka sementara masih ada.
"Saya harap orang ramai menghargai ibu bapa mereka selagi mereka masih dipinjamkan di dunia ini.
"Kepada mereka yang sudah tiada ibu bapa, hargailah adik beradik, janganlah bergaduh kerana selalunya kita akan lebih menghargai orang apabila mereka sudah tiada," tambah Shiha.
Dalam perkembangan lain, Shiha kini tampil dengan lagu raya terbaru yang turut menampilkan Datuk Jamal Abdillah dan Peja & Friends.
Lagu yang berjudul Moh Beraya itu trending nombor tujuh di YouTube dan mendapat tontonan melebihi 300,000 selepas tujuh hari ditayangkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024