"Meremang Woi" - Netizen Puji Usaha Koir Kanada Persembahkan Lagu Dikir Barat
Amri Hassan
16/08/2018 03:05 MYT
16/08/2018 03:05 MYT
Sepotong video yang memaparkan aksi sekumpulan penyanyi koir dari Kanada mempersembahkan lagu Dikir Barat tular di media sosial.
Wau Bulan yang cukup terkenal sebagai lagu rakyat dari negeri Kelantan diangkat dalam versi tersendiri kumpulan koir itu berserta gerakan asal dikir barat.
"Tatkala orang Melayu mula mengamalkan budaya luar, sebuah kumpulan koir dari Kanada memelihara sebuah lagu Dikir Barat yang terkenal, Wau Bulan," kongsi pengguna Twitter yang dikenali seabgai @humanxsick.
Perkongsian itu mendapat pujian daripada netizen yang rata-ratanya terharu dan teruja melihat persembahan unik kumpulan koir itu.
Sehingga kini video yang dimuat naik menerusi laman sosial Twitter itu telah meraih jumlah tontonan melebihi 10,000.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.