Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Merenung Masa Depan.... Inilah Nasib Ibu Tunggal" - Amelina

Kamaruddin Razal 25/07/2019 | 03:00 MYT
Penyanyi dangdut Amelina mengakui pening untuk memikirkan masa hadapan kesemua enam orang anak-anaknya.
Berkongsi rasa di laman Instagram miliknya beberapa hari lalu, pelantun lagu Semakin Rindu Semakin Asyik ini membesarkan anaknya tanpa kehadiran seorang insan bernama suami.
"Merenung masa depan sendiri. Tapi lagi pening memikirkan masa depan kesemua enam anak-anak Kaklong kat rumah ni.
"Sekelip mata je anak-anak dah besar, dah nak sambung belajar, dah nak kena duduk jauh dari Kaklong. Inilah nasib ibu tunggal," tulis Amelina.

Merenung masa depan sendiri. Tapi lagi pening memikirkan masa depan kesemua enam anak2 Kaklong kt rumah ni. Sekelip mata je anak2 dah besar, dah nak sambung belajar, dah nak kena duduk jauh dari Kaklong. Inilah nasib ibu tunggal.. ?? . #MindOrder #MindOrderManagement #Amelina #AmelinaxMindOrder #GengKaklong #TeamAmelina @amelinasoul @amelinasoulnorthern @mindorder

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on

Di entri terbabit, anak sulung Amelina, Puteri Nur’ Athirah yang menggunakan nama @princess_eiraa turut meninggalkan komen dan memberi respon terhadap luahan hati Amelina.
"Walaupun jauh, tapi dekat di hati. Nanti kakak send live location atau video call. Eceh, macam bercinta pula. Tau rindu kakak nanti," tulisnya.
Amelina berkahwin dengan Reduan Mahmood pada 20 Mei 1999 dan sejak mendirikan rumah tangga, penyanyi lagu Seri Langkat ini memberikan fokus terhadap keluarga dan hilang dari radar dunia hiburan tempatan.
Hasil perkahwinan dengan usahawan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur’ Athirah, 18, Putera Al’ Affiq, 17, Putera Al’ Asyraff, 16, Puteri Nur’ Asyurah, 14, Putera Al’ Arffa, 12 dan Putera Al’ Amzar, 9 tahun.
Amelina dan Reduan dilaporkan bercerai pada 2016.
#Amelina
;