Meriah! Aliff Syukri & Shahida Sambut Ulang Tahun Kelahiran Tiga Orang Anak Serentak Bertemakan Madagascar

Rozaimi Zubaidi
November 26, 2018 06:45 MYT
Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida berkongsi beberapa keping gambar sambutan ulang tahun kelahiran tiga orang anak mereka iaitu Qadejah, 8, Ibraheem, 6 dan Qayyum, 1.
Sambutan ulang tahun tersebut bertemakan Madagascar yang diadakan di ‘Place Aliff Syukri’ dan dihadiri oleh 500 orang tetamu.
"Impian untuk plan majlis macam ini telah saya rancang 5 tahun lepas seblum saya buat rumah ni.
"Jimat tak payah bayar hotel atau dewan untuk buat majlis. Ini adalah gambar yang saya ambil seblum majlis bermula. Nasib baik taman luas boleh masukkan lebih 500 orang serentak dalam taman berkonsepkan animal konsep.
"Jadi saya bawa ular, kambing dan arnab. Saya ni jarang buat hari jadi anak, biasa sambut dekat rumah je dengan family. Last sekali buat 3 tahun lepas.
"Tahun ni saya buat sekali 3 orang Qadejah,Ibraheem dan Qayyum maklum la sebab dekat-dekat jadi kita jalan sekali. Thanks mereka yang bantu jayakan majlis," tulis Aliff menerusi entri di Instagram.
Foto Aliff sekeluarga meraikan ulang tahun itu mendapat pujian peminat kerana mereka beranggapan bahawa dia merupakan seorang ayah yang baik kerana tetap meluangkan masa bersama keluarga.
Para peminat juga mendoakan agar kebahagian yang dimilik oleh keluarga Aliff ini akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
#Datuk Seri Aliff Syukri #Datin Seri Shahida