Meriah!!! Amy Search Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-61 Bersama Anak-Anak Tahfiz Al-Bayan

Rozaimi Zubaidi
Julai 29, 2019 08:47 MYT
Penyanyi rock lagenda Amy Search telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan ulang tahun kelahiran di akaun Instagram (IG) miliknya.
Sambutan ulang tahun tersebut telah diadakan pada hujung minggu lalu dan diraikan oleh anak-anak tahfiz daripada Al-Bayan School of Quran & Hadith.
Majlis tersebut turut di hadiri oleh ahli keluarga terdekat Amy serta isterinya, Nourish.
Menerusi ruangan komen, para peminat turut mendoakan agar kebahagian yang dimiliki oleh keluarga Amy ini akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Ada juga melahirkan rasa syukur apabila hubungan yang baru pulih diantara Amy, Nourish dan anaknya, Nabila Huda semakin akrab dan dilihat begitu bahagia.
Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis itu diadakan:
#Penyanyi #Amy Search #Penyanyi