Meriah! Makin Banyak Tawaran Menarik Jika Anda Mengambil Vaksin, Siap Ada Buku Free Lagi!
Usaha untuk menggalakkan orang ramai mengambil vaksin nampak gaya semakin meriah apabila ia turut disokong syarikat swasta termasuk pengusaha makanan dan restoran.
Menerusi perkongsian seorang individu di Twitter, terdapat lebih 10 peniaga dan restoran menawarkan tawaran menarik kepada mereka yang telah mengambil vaksin.
Antaranya termasuklah jenama produk aiskrim, restoran makanan barat, makanan segera, dan produk minuman.
Malah, pengeluar buku ‘indie’ FIXI turut menawarkan buku percuma menerusi dua cawangan mereka di Setia Alam dan Sunway Putra Mall.
Tidak kurang juga yang menawarkan perkhidmatan ‘shuttle’ buat golongan warga emas dan orang kurang kelainan (OKU).
Selain itu, jangan tak tahu, jika mengambil vaksin di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, anda boleh menerima RM2 ‘flat-rate’ parkir kenderaan untuk tiga jam pertama, e-vaucer menerusi Sunway Pals dan banyak lagi.
Hanya perlu ikut langkah ini
- Dapatkan vaksin pada hari temu janji anda.
- Tunjuk kad MySejahtera App atau vaksinasi anda di kaunter Sunway Pals, di tingkat bawah.
- Terima ganjaran anda!
Perlu diingatkan senarai ini mungkin sebahagian saja, pasti banyak lagi pihak yang menawarkan kelebihan ini buat penerima vaksin.
Berdasarkan pemantauan Gempak di Twitter, rata-rata netizen berpendapat tawaran sebegini bagus untuk memupuk semangat orang ramai mengambil vaksin.
Bukan sekadar promosi atau marketing semata-mata, malah ia menjadi sebahagian tanggungjawab sosial.
Apapun syabas buat peniaga yang menyertai ‘kempen’ sebegini!
Sekadar info, jumlah individu yang menerima vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) masih rendah jika dibandingkan dengan populasi rakyat Malaysia.
Difahamkan, jumlah populasi rakyat dianggarkan kira-kira 32 juta orang, tetapi yang telah menerima suntikan vaksin hanya 2.3 juta sahaja.
Seramai 1.4 juta telah menerima dos pertama manakala 870,051 pula sudah lengkap mengambil dos kedua.