Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Meriah & Puas! Ini 15 Momen Menarik Di Hands International Drumming Festival: Thunder

Shahrin Zulkifle
10/10/2022 13:00 MYT

‘Meriah dan puas!’ itulah gambaran yang boleh diberikan pada Hands International Drumming Festival: Thunder yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Sabtu. 

Acara yang berlangsung selama dua jam itu telah menyaksikan seramai enam kumpulan yang membuat persembahan antaranya Gangsapura Gamelan Group, Tyffin Box, HANDS Percussion 1, HANDS Percussion 2, Baizam Generation dan Orang-Orang Drum Theathre. 

Tiada kata yang dapat diungkapkan tentang keseluruhan acara yang berlangsung dengan jayanya itu. 

Di sini Gempak kongsikan kepada anda momen-momen menarik yang masih dirasai oleh penonton yang menjadi saksi kepada kejayaan Hands International Drumming Festival: Thunder. 

#1. Penonton sudah membanjiri ruangan Istana Budaya seawal jam 7 petang biarpun acara bermula jam 8:30 malam. Malah kehadiran beberapa rombongan bas yang membawa pelajar daripada beberapa sekolah menambahkan lagi kemeriahan suasana di perkarangan Istana Budaya. 

#2. Selain kalangan pelajar sekolah, penonton yang hadir juga terdiri daripada pelbagai golongan usia, ada muda, tua dan ada juga anak-anak kecil seusia lima tahun. Paling penting ruangan tempat duduk penuh dengan kehadiran 900 penonton, amazing

#3. Sebelum bermulanya acara, penonton telah dihiburkan dengan persembahan sebuah kumpulan drummer, Deaf Beat di luar dewan utama. Senang kata sebagai pemanas enjin! 

#4. Tepat jam 8:30 malam acara bermula dengan persembahan pembukaan oleh HANDS Percussion 1 yang telah memecahkan suasana sunyi dewan dengan pukulan gendang mereka. Setiap pukulan seakan bernyawa membuatkan mata penonton tidak berkedip biarpun sesaat. Best teruk! 

#5. Mencuri tumpuan Gempak, apabila pakaian yang digayakan oleh setiap ahli kumpulan HANDS Percussion 1 sangat cantik dan pemilihan warna yang sangat meriah. 

#6. Persembahan demi persembahan bergilir ganti dan tepukan penonton tidak pernah berhenti kepada semua kumpulan. 

#7. Satu pujian patut diberikan, kerana acara ini telah menggabungkan pelbagai bangsa di atas satu pentas, ada Melayu, Cina dan India. 1 Malaysia! 

#8. Penampilan ahli paling muda yang berusia lima tahun daripada kumpulan Baizam Generation telah mencuri tumpuan penonton. Mana tidaknya, telatah anak kecil tu yang memukul kompang sambil melantunkan lagu rakyat Kelantan mencuit hati penonton. Comey lotey adik tu. 

#9. Tambah lucu lagi, apabila kumpulan Baizam Generation menyelitkan elemen humor seperti menyanyikan lagu Baby Shark Du Du Du. Terhibur betul penonton, siap ikut menyanyi sekali. 

#10. Penonton juga diberikan tempoh selama 15 minit ditengah-tengah acara untuk meregangkan otot dan tambah semula tenaga. 

#11. Gandingan dua orang hos yang tidak berhenti menghiburkan penonton, malah salah seorang daripadanya fasih berbahasa Mandarin. 

#12. Usai dua jam persembahan, hos telah memanggil semua kumpulan untuk tampil di pentas dan penonton telah berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada mereka. Standing Oviation

#13. Di luar dewan, beberapa booth menjual merchandise festival turut disediakan bagi mereka yang ingin membeli dan jadikan tanda kenangan. 

#14. Penonton mengambil kesempatan untuk bergambar bersama ahli-ahli kumpulan yang terlibat membuat persembahan. 

#15. Ada juga disediakan food truck di bahagian kanan luar dewan untuk mereka yang mencari kudap-kudapan.  

Apa yang pasti, memang puas dan tidak serik untuk datang sekali lagi pada masa akan datang. Hands International Drumming Festival: Thunder meninggalkan seribu kemanisan buat penontonnya. 

#Istana Budaya #Hands International Drumming Festival: Thunder #Kaleidoscape 6