Meriah! Selepas 9 Bulan Berkahwin, Raja Ilya & Suami Dirai Dalam Malam Berinai

Syafiqah Jalal
September 19, 2019 06:29 MYT
Selepas pelakon Raja Ilya mendirikan rumah tangga pada 23 Disember lalu dengan jejaka Australia, Trent Garret di negara kelahiran suaminya, mereka diraikan dalam majlis berinai di ibu kota malam tadi.
Malam berinai yang diadakan di sebuh hotel itu kelihatan sangat meriah dan dilakukan secara besar-besaran.
Ilya anggun dengan dress labuh berona biru dan Trent pula segak dengan pakaian ala Punjabi.
Mereka duduk bersama di atas pelamin khas untuk malam berinai.
Ramai tetamu yang hadir termasuk keluarga Ilya serta rakan artis seperti Reen Rahim.
Foto-foto sepanjang majlis itu dikongsi Ilya di dalam akaun Instagram miliknya sejak malam tadi.
Difahamkan, aktres tersebut bakal meraikan sahabat handai dan ahli keluarganya dalam majlis resepsi bertemakan ‘black tie’ yang bakal diadakan di Petaling Jaya, hari ini.
Raja Ilya dan Trent berkahwin selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta jarak jauh.