Pameran automotif Malaysia Autoshow 2019 kembali lagi! Penganjuran edisi kali ini lebih banyak tertumpu kepada industri automotif yang semakin pesat membangun serta mempamerkan kenderaan yang dilengkapi dengan teknologi terkini.

Berkolaborasi dengan IAM (International Automodified) dan dikuasakan oleh Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii), Malaysia Autoshow 2019 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 11 hingga 14 April ini bermula dari 10 pagi hingga 9 malam!

Ini juga merupakan masa yang tepat untuk anda mencuba kenderaan idaman menerusi sesi test drive dalam sesi sepanjang tiga kilometer.

Lawati pelbagai booth seperti BMW, Mazda, Honda, Toyota, Proton, Kia, Peugeot, Mitsubishi Motors, Nissan, Perodua, Volkswagen, Mercedes-Benz, Ducati, Vespa dan banyak lagi!

Selain sesi test drive, anda juga boleh melihat pertunjukan kereta, pertandingan kereta, membeli sendiri ‘international aftermarket products’, sesi drift bersama Tengku Djan Ley dan berhibur dengan IAM Music Festival!





Jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi cabutan bertuah bila anda mengunjungi ke Malaysia Autoshow 2019! Anda boleh membawa pulang Perodua Myvi, Perodua Bezza, Kia Picanto dan Vespa S 125!

Dapatkan dua tiket untuk ke Malaysia Autoshow 2019 dengan hanya membayar harga satu tiket jika anda membelinya secara online!

Untuk sebarang pembelian tiket dan informasi lanjut mengenai Malaysia Autoshow 2019, layari laman web www.autoshow.com.my!