Meriahnya! Foto Menarik Sekitar Sambutan Hari Jadi Anak Kembar Fad Bocey

Zulaikha Yusof
Disember 17, 2018 10:30 MYT
Anak kembar kepada penyampai radio ERA dan pelawak Fad Bocey iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan menyambut hari lahirnya yang ketiga (11 Disember), semalam.
Fad telah berkongsi beberapa foto menarik yang diambil sekitar sambutan hari lahir anaknya itu menerusi ruangan Instagram miliknya.
Sementara di ruangan komen, rata-rata peminat turut meninggalkan komen dengan memberi ucapan kepada adik beradik kembar itu.
Pengikut laman Instagram Fad juga mendoakan agar kebahagiaan yang dimiliki oleh keluarga Fad akan terus kekal bahagia.
Di samping itu, antara rakan artis yang turut hadir memeriahkan sambutan hari jadi itu adalah Johan, Ozlynn, Black Hanifah dan Atu Zero.
Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis itu diadakan:
Fad dan Nur Syahirah A.Rahman yang merupakan adik kepada pelawak terkenal Jihan Muse, telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.
#Fad Bocey #Birthday