Laman Utama

Meriahnya Opening Astro Experience Store Terbesar Malaysia!

Amri Hassan
30/01/2023
03:26 MYT
Astro meraikan pembukaan perdana Astro Experience Store yang merupakan antara Experience Store terbesar bertempat di IOI City Mall, Putrajaya pada hari ini. Kedai baharu ini menawarkan para pelanggan pengalaman yang luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan Astro.
Euan Smith, bakal Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata: “Kami amat bergembira dengan pembukaan Astro Experience Store yang kedua di Kuala Lumpur. Kami telah membuka kedai pertama kami di Pulau Pinang dan berjaya menarik minat di kalangan ramai pelanggan.
"Kami berhasrat untuk menguatkan lagi pengalaman Astro di kalangan para pelanggan kami dan menunjukkan pelbagai tawaran terkini dan terbaik daripada Astro.
"Para pelanggan boleh menguji kesemua ciri Ultra Box termasuk keupayaan 4K UHD, menanyakan nilai hebat pek-pek TV kami, mengetahui dengan lebih lanjut tentang aplikasi Astro Fibre atau cara-cara untuk berhibur dengan aplikasi Astro GO secara ‘on the go’."
Pembukaan secara besar-besaran ini dimeriahkan lagi dengan persembahan-persembahan hebat daripada Jaclyn Victor dan Datuk Syafinaz Selamat, penampilan maskot-maskot kesayangan, sesi bertemu peminat bersama para pelakon Projek: High Council serta banyak lagi aktiviti menarik.
Para pelanggan berpeluang untuk membeli TV 4K atau komputer riba Levono hanya pada RM1 apabila mereka mendaftar atau menaik taraf untuk beberapa perkhidmatan Astro.
Pada masa yang sama, para pelanggan Astro boleh menunjukkan aplikasi My Astro untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif di kedai kami.
Rakyat Malaysia kini boleh menikmati pengalaman kandungan yang mengasyikkan menerusi tawaran-tawaran program yang menyeluruh dan produk terkini termasuk Ultra Box serta Astro GO, di mana anda boleh strim siri drama terkini Projek: High Council, siri animasi televisyen Transformers: EarthSpark dan acara bersiaran secara langsung seperti Liga Perdana Inggeris tanpa gangguan cuaca.
Tambahan pula, anda tidak perlu risau mengenai siaran rancangan yang berulang kerana anda boleh mengakses pelbagai kandungan seperti adaptasi permainan video The Last of Us di HBO GO; drama polis tempatan Special Force Anarchy di Disney+ Hotstar; thriller sains fiksyen Jung E menerusi Netflix; Ligue 1, La Liga dan Australia Open Tennis di beIN SPORTS CONNECT; drama TVB Treasure of Destiny melalui TVBAnywhere+; C-drama Unchained Love di iQIYI serta The Great British Bake Off di BBC Player.
Astro Experience Store berada di tingkat tiga, IOI City Mall dan menyediakan ruang yang hebat untuk para pembeli mencuba kesemua produk dan perkhidmatan Astro untuk rumah mereka serta secara ‘on the go’.
Tambahan pula, para pelanggan boleh bertanya mengenai promosi terkini, perkhidmatan, naik taraf pek atau Astro Box mereka dan banyak lagi. Antara kempen-kempen yang giat dijalankan adalah: ● Kempen WiFi Kencang + Pek Movies* yang menawarkan para pelanggan penjimatan RM29 apabila mereka melanggan WiFi Kencang 50Mbps dengan Pek Movies. ● Tawaran eksklusif* untuk para pelanggan menikmati diskaun sehingga 6 bulan untuk pembelian pek terpilih di Astro Experience Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

14 Karya Astro Tercalon Dalam ContentAsia Awards 2024

gempak
19/07/2024
08:31 MYT
Astro telah berjaya memperoleh 4 pencalonan pada Anugerah ContentAsia pada tahun 2024.
Sukan

Ikuti Perjuangan & Misi Emas Negara Di Olimpik Paris 2024 Di Semua Platfom Astro! Setiap Aksi, Tak Kira Masa Atau Di Mana Jua

gempak
17/07/2024
07:11 MYT
Bagi meraikan kegemilangan atlit negara di pentas dunia, Astro dengan bangganya akan membawakan 18 saluran khas buat semua pelanggan Astro dalam definisi tinggi (HD).
goldmovie

#Gold: Jack Tan Kongsi Cheah Liek Hou Rasa Gembira Tonton Filem Gold, Harap Dapat Motivasikan Orang Ramai

gempak
15/07/2024
13:25 MYT
Pelakon watak Cheah Liek Hou, Jack Tan menyatakan bahawa atlet badminton paralimpik tersebut berasa gembira dengan kejayaan watak yang dibawakan.
goldmovie

#Gold: “Banyak Babak Menyentuh Hati” - Pengarah Chiu Dao Anggap Filem Gold Mengharukan & Wajib Ditonton

gempak
13/07/2024
12:05 MYT
Menceritakan tentang pengorbanan dan usaha dalam mengecapi kejayaan, filem Gold berjaya meraih perhatian pengarah yang terkenal dengan karya-karya menyentuh hati, Chiu Dao.
goldmovie

#Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou

gempak
12/07/2024
12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Jack Tan berkongsi perubahan bentuk badannya dalam menjayakan watak Cheah Liek Hou menerusi filem Gold.