Gaya Hidup
Meriahnya Terengganu, Pasar Terapung Kuala Nerus Bakal Dibuka
Terengganu bakal memperkenalkan satu lagi daya tarikan pelancongan iaitu pasar terapung.
Pasar terapung, ‘Kuala Nerus Floating Market’ bakal dibina di Seberang Takir.
Ia merupakan usaha pihak berkuasa tempatan untuk mengangkat produk pelancongan terbaru di daerah ini.
Lokasi strategik ini bersesuaian kerana menawarkan panorama indah serta berlatarbelakangkan jambatan angkat (drawbridge) yang merupakan tarikan terkini di Terengganu.
Biarpun masih dalam peringkat cadangan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Daerah Kuala Nerus, inisistif ini dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu.
Mahu mengekalkan tradisi bot penambang, kewujudan pasar terapung ini sekaligus mempromosikan warisan, budaya dan menyumbang pendapatan kepada masyarakat tempatan.
Tarikan terbaru ini menjadikan Malaysia sebaris dengan negara tumpuan pasar terapung utama seperti Thailand, Vietnam, India dan Myanmar.
Terdahulu, Kelantan Floating Market di Kampung Pantai Suri, Tumpat merupakan pasar terapung pertama di Malaysia.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video