Sukan

"Meriam Dia Mesti Kena Power Sebab..." - LCW Imbas Memori Raikan Syawal, Beri Nasihat Agar Semua Bersabar

gempak
Kamaruddin Razal
25/05/2020
06:21 MYT
Sponsor Banner
"Meriam Dia Mesti Kena Power Sebab..." - LCW Imbas Memori Raikan Syawal, Beri Nasihat Agar Semua Bersabar
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (LCW) menitipkan ucapan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminatnya.
Menerusi laman sosial Instagram, LCW turut mengimbau suasana meraikan Syawal ketika dia masih kecil.
"Walaupun saya bukan beragama Islam dan tidak berpuasa, tapi saya rasa Hari Raya memang hari yang dinanti-nantikan oleh semua warganegara.
"Time sekolah baru start penggal, cikgu akan terangkan cuti-cuti perayaan dan cuti semester tahun tu. Budak-budak hafal terus tarikh Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Keamatan, Deepavali dan Christmas. Tarikh-tarikh tulah yang ada chan dibawa ibu bapa pi jalan.
"Masih ingat zaman kecil-kecil, time Raya mak bapa akan bawa pi open house saudara beragama Islam dan rumah jiran-jiran Melayu. First house tu tak kisah rumah siapa, confirm ada rendang ayam, serunding, sambal sotong dan ketupat.
"Bestnya. Ada lagi Kuih batik! Aduhai, keluar air liur terpikir… Then petang-petang, ikut jiran Melayu main mercun. I ingat mercun Cina power, pergh melompat I tgk meriam mercun dia.
"Dia kata meriam dia mesti kena power sebab nak jaga maruah kampung kita! Memang seronok. Itu time dulu ya kekawan, budak-budak sekarang jangan main mercun, bahaya!
"Time masuk sekolah sukan, time Raya kantin akan sediakan hidangan raya special. Rombongan ramai-ramai berbaju raya serbu open house jurulatih. Itu semua kenangan terindah," tulisnya.
Walaupun saya bukan beragama Islam dan tidak berpuasa, tapi saya rasa Hari Raya mmg hari yang dinanti-nantikan oleh semua warganegara. Time sekolah baru start penggal, cikgu akan terangkan cuti-cuti perayaan dan cuti semester tahun tu. Budak-budak hafal terus tarikh Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Keamatan, Deepavali dan Christmas. Tarikh-tarikh tulah yg ada chan dibawa ibu bapa pi jalan. Masih ingat zaman kecil-kecil, time Raya mak bapa akan bawa pi open house saudara beragama Islam dan rumah jiran-jiran Melayu. First house tu tak kisah rumah siapa, confirm ada rendang ayam, serunding, sambal sotong dan ketupat. Bestnya. Ada lagi Kuih batik! Aduhai, kluar air liur terpikir… Then petang-petang, ikut jiran Melayu main mercun. I ingat mercun Cina power, pergh melompat I tgk meriam mercun dia. Dia kata meriam dia mesti kena power sebab nak jaga maruah kampung kita! Memang seronok. Itu time dulu ya kekawan, budak-budak skarang jgn main mercun, bahaya! Time masuk sekolah sukan, time Raya kantin akan sediakan hidangan raya special. Rombongan ramai-ramai berbaju raya serbu open house jurulatih. Itu semua kenangan terindah. I ingat masa saya belasan tahun, ada selisih faham dgn pemain Indonesia sorang. Tak sure saper betol saper salah, tapi jumpa jer di gelanggang, pandang panas jer kita dua, mmg tak puas hati. Tiba time raya, teammate nasihat I hantar mesej raya kepada dia. Saya pun msg, “Selamat Hari Raya. Macam sukan badminton, kita restart kosong-kosong pak. Maaf zahir dan batin”. Dari saat itu sampailah sekarang, kami masih berkawan baik. Kawan-kawan semua, saya faham semua berasa sedih sebab Raya kali ini mungkin terjejas disebabkan coronavirus. Saya hanya boleh menasihatkan semua agar bersabar. Kesabaran tahun ini bakal dibalas dengan kenikmatan perayaan hari raya tahun-tahun kelak untuk anak-cucu kita, sepertimana kamu menikmati suasana raya time dulu-dulu. Saya, @wongmewchoo dan dua anak lelaki @kingstonleekc @terrance_leekj ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumpul sepuluh jari, meminta ampun serta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikannya. Seperti sukan badminton, kita restart ya…. Kosong-kosong.
A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on
Tambah LCW lagi, dia juga teringat momen ketika berselih faham dengan seorang pemain badminton Indonesia.
"I ingat masa saya belasan tahun, ada selisih faham dengan seorang pemain Indonesia. Tak sure siapa betol siapa salah, tapi jumpa jer di gelanggang, pandang panas jer kita dua, memang tak puas hati.
"Tiba time raya, teammate nasihat I hantar mesej raya kepada dia. Saya pun mesej, “Selamat Hari Raya. Macam sukan badminton, kita restart kosong-kosong pak. Maaf zahir dan batin”. Dari saat itu sampailah sekarang, kami masih berkawan baik," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, LCW juga memohon agar semua orang bersabar menyambut Syawal dengan penuh kesederhanaan ketika wabak COVID-19 sedang menular.
"Kawan-kawan semua, saya faham semua berasa sedih sebab Raya kali ini mungkin terjejas disebabkan coronavirus. Saya hanya boleh menasihatkan semua agar bersabar.
"Kesabaran tahun ini bakal dibalas dengan kenikmatan perayaan hari raya tahun-tahun kelak untuk anak-cucu kita, seperti mana kamu menikmati suasana raya time dulu-dulu.
"Saya, @wongmewchoo dan dua anak lelaki @kingstonleekc @terrance_leekj ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumpul sepuluh jari, meminta ampun serta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikannya. Seperti sukan badminton, kita restart ya…. Kosong-kosong," tulisnya lagi.
Dedikasi LCW mendapat perhatian pengikut Instagram miliknya, malah ada yang terhibur dengan cerita yang dikarang oleh LCW sehingga mahukan LCW menulis buku mengenai kehidupannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live