Merinding! Babak Acha Septriasa Solat Taubat Dalam Qodrat 2 Bikin Penonton Menitis Air Mata - “Mahu Tunduk Kepada Syaitan Atau…”
Babak luar biasa bikin penonton emosi
Filem arahan Charles Gozali yang kini sudah ditayangkan di seluruh pawagam Indonesia itu ternyata menjentik jiwa penonton apabila satu babak luar biasa iaitu adegan solat taubat oleh watak Azizah dilakonkan dengan penuh penghayatan oleh Acha Septriasa.
“Scene ketika Azizah solat taubat adalah scene paling epic dan luar biasa menggoncang keimanan manusia, mahu tunduk kepada syaitan atau tetap beriman kepada Tuhan?” ulas seorang penonton yang terkesan.
“Bukan scene solat yang murahan, asli! Ini scene solat terbaik dalam semua filem horor Indo,” puji penonton lain.
“Adegan menangis saat solat taubat oleh Azizah lakonan Acha Septriasa yang pancarkan rasa sakit, takut sekaligus tidak layak di hadapan-Nya menjadi satu momen emosional yang akan dikenang lama,” ulas seorang lagi penonton.
“Scene solat taubat Azizah di Qodrat 2 sangat epik, tapi merindingnya tuh bukan yang bikin takut gitu lho, ngerti gak sih? Seberat itu ternyata godaan kita buat bisa taubatan nasuha, tapi seberat apapun godaannya, pertolongan Allah selalu ada,” ulas penonton.
“Menetes air mata aku lihat Acha Septriasa paksa solat taubat langsung di depan El Laknatullah,” komen penonton.
“Menonton Qodrat 2 membuatkan saya merinding seluruh badan, ini kali pertama saya menonton aksi seram agama dan saya mahu menangis ketika babak solat taubat,” ulas penonton sebak.
“Lakonan Acha Septriasa di Qodrat 2 bagus sekali! Part favorit; pas opening, ketika Azizah ingin solat taubat tapi tak mampu,” tulis penonton lagi.
Babak solat taubat Azizah bukan sahaja menjadi kemuncak emosi dalam filem ini, tetapi juga titik refleksi buat ramai penonton.