Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Merinding...Suara Zara Zya Tiba-Tiba Bertukar Jadi Garau Masa Sebut Perkataan 'Iblis'

Firdaus
01/10/2024 13:55 MYT
Pelakon Zara Zya baru-baru ini berhadapan dengan situasi mistik apabila dirinya secara tiba-tiba menyebut perkataan 'iblis' dengan suara yang garau.

Suara Seakan 'Dirasuk'

Menerusi klip video singkat yang dimuat naik semula di TikTok, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin berkongsi pengalaman seram diganggu makhluk halus semasa menjalani penggambaran.

Bagaimanapun, keadaan menjadi seram sejuk apabila suara Zara dapat didengari berubah seakan-akan dirasuk.

“Wallahi, ketika saya sebut perkataan iblis itu, suara saya tidak disunting...

Susulan penularan posting berkenaan, Zara mengakui sesi podcast tersebut tidak disunting seperti yang didakwa segelintir netizen.

“Wallahi, ketika saya sebut perkataan iblis itu, suara saya tidak disunting. Itulah suara dia (iblis), dia ada,” jelasnya menerusi platform X.
@iam_loopexx Entah ler, Content atau apa..tapi lepas dgr suara tu,darah aku meremang,dan2 plak bunyi mcm2 atas bumbung rumah,tikus tu..#zarazya #creep #seram #f #hantu ♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya

BERITA TRENDING: Dituduh Ganggu Rumah Tangga Orang, Ini Respons Zara Zya!

​BERITA TRENDING: Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

​BERITA TRENDING: “Dah Boleh Duduk Perlahan-Lahan, Sedikit Berjalan” - Zara Zya Syukur Selamat Jalani Pembedahan

​BERITA TRENDING: “Memang Saya Tak Pernah Memilih Pun” - Zara Zya

Sekadar info, Zara sebelum ini pernah mengakui memiliki kebolehan melihat jin dan syaitan. Dia juga mendedahkan pernah ingin membaham kucing sendiri angkara gangguan ghaib.

“Benda itu berpanjangan sampai setahun sampaikan nak tengok binatang itu (kucing sendiri) pun saya tak boleh,” jelasnya
#Zara Zya #Hantu #Mistik #hiburan #Seram #Iblis
;