BERITA

Mertua Mulut ‘Puaka’, Minta Menantu Mati Semasa Bersalin

Gempak 08/08/2025 | 16:55 MYT

Seorang wanita menerima kecaman orang ramai kerana melontarkan kata-kata kesat ketika menantunya sedang bersalin di sebuah hospital di wilayah Sulawesi Tenggara, lapor portal berita Tribunnews pada Khamis.

Rakaman video kejadian di platform Instagram oleh akaun @makassar_iinfo menunjukkan seorang wanita menjerit kesakitan semasa hendak melahirkan anak.

Selepas mengadu tentang kesakitan yang dialami, dia bagaimanapun ditengking dan dihina oleh seorang wanita lain, dipercayai ibu mertuanya.

“Awak fikir awak sahaja yang penat? Kami juga penat menunggu tiga, empat malam. Biarkan kamu sahaja yang mati, tetapi lahirkan anak itu dulu! Suami kamu juga penat!” kata wanita itu.

Dua bidan yang bertugas segera menenangkan pesakit dan menegur ibu mertua terbabit..

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Bawa dia keluar! Mulut dia patut disapu cili,” kata seorang netizen.

Sumber: Kosmo

#Mertua #Menantu #Mulut Puaka