Meruntun Jiwa...Petugas Pengurusan Jenazah COVID-19 Urus Pengebumian Ibu Sendiri - "Hari Ini Serba Tak Kena Buat Aku"

Asraf Aided
Ogos 10, 2021 05:40 MYT
Pandemik COVID-19 sememangnya meninggal kesan kepada masyarakat terutamanya bagi mereka yang kehilangan orang tersayang.
Selain berita pemergian penyanyi Siti Sarah semalam, kisah lelaki yang menggunakan nama @IamAjak di Twitter turut meruntun jiwa.
Menurut Ajak, dia merupakan salah seorang petugas Pengurusan Jenazah COVID-19 yang selalunya menguruskan jenazah setiap hari, namun suasana hiba menyelubungi diri apabila terlibat menguruskan jenazah ibunya sendiri untuk dikebumikan semalam.
"Selaku petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 selalunya aku menguruskan jenazah orang lain.
"Hari ini (semalam) serba tak kena buat aku. Aku menguruskan jenazah mak aku. Ya, mak aku sendiri," kongsinya di Twitter.

Selaku petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 selalunya aku menguruskan jenazah orang lain. Hari ini serba tak kena buat aku. Aku menguruskan jenazah mak aku. Ya, mak aku sendiri. pic.twitter.com/35s7ofe12y

— ARN ??? (@IamAjak) August 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Ajak, Allahyarhamah ibunya, Patimah Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.30 malam, Ahad.
"Berehatlah mak, Allah lebih menyayangi mak maka Allah jemput mak menghadap diriNya.
"Terima kasih segala pengorbanan mak selama ini melahirkan dan membesarkan Ajak. Insya-Allah kita berjumpa nanti di sana, alam yang kekal abadi," coretnya.

Berehatlah mak. Allah lebih menyayangi mak maka Allah jemput mak mengadap diriNya. Terima kasih segala pengorbanan mak selama ini melahirkan dan membesarkan Ajak. InsyaAllah kita berjumpa nanti disana. Alam yang kekal abadi. Patimah Binti Ibrahim 08.08.2021 11.30 malam pic.twitter.com/qO3Ucrugmc

— ARN ??? (@IamAjak) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkongsian Ajak mendapat perhatian ramai netizen yang mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah di alam sana.
Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah ibu Ajak, Siti Sarah, dan semua umat Islam yang pergi menghadap Illahi disebabkan wabak COVID-19.
Salam takziah dari Gempak, semoga semua ahli keluarga yang berhadapan ujian sebegini diberikan kekuatan oleh Allah SWT.
Kredit Foto: Twitter @IamAjak
#Meninggal Dunia #Ibu Meninggal #COVID-19 #Jenazah Ibu Sendiri #Pengebumian Ibu Sendiri #Petugas Pengurusan Jenazah Covid-19