,
Laman Utama

Meruntun Jiwa...Petugas Pengurusan Jenazah COVID-19 Urus Pengebumian Ibu Sendiri - "Hari Ini Serba Tak Kena Buat Aku"

Asraf Aided
10/08/2021
05:40 MYT
Pandemik COVID-19 sememangnya meninggal kesan kepada masyarakat terutamanya bagi mereka yang kehilangan orang tersayang.
Selain berita pemergian penyanyi Siti Sarah semalam, kisah lelaki yang menggunakan nama @IamAjak di Twitter turut meruntun jiwa.
Menurut Ajak, dia merupakan salah seorang petugas Pengurusan Jenazah COVID-19 yang selalunya menguruskan jenazah setiap hari, namun suasana hiba menyelubungi diri apabila terlibat menguruskan jenazah ibunya sendiri untuk dikebumikan semalam.
"Selaku petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 selalunya aku menguruskan jenazah orang lain.
"Hari ini (semalam) serba tak kena buat aku. Aku menguruskan jenazah mak aku. Ya, mak aku sendiri," kongsinya di Twitter. Menurut Ajak, Allahyarhamah ibunya, Patimah Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.30 malam, Ahad.
"Berehatlah mak, Allah lebih menyayangi mak maka Allah jemput mak menghadap diriNya.
"Terima kasih segala pengorbanan mak selama ini melahirkan dan membesarkan Ajak. Insya-Allah kita berjumpa nanti di sana, alam yang kekal abadi," coretnya.
Patimah Binti Ibrahim 08.08.2021 11.30 malam pic.twitter.com/qO3Ucrugmc— ARN ??? (@IamAjak) August 8, 2021 Perkongsian Ajak mendapat perhatian ramai netizen yang mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah di alam sana.
Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah ibu Ajak, Siti Sarah, dan semua umat Islam yang pergi menghadap Illahi disebabkan wabak COVID-19.
Salam takziah dari Gempak, semoga semua ahli keluarga yang berhadapan ujian sebegini diberikan kekuatan oleh Allah SWT.
Kredit Foto: Twitter @IamAjak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

“Dengan Rasa Amat Sedih, Dimaklumkan Bahawa Bonda Tersayang…” - Ibu Nora Ariffin Meninggal Dunia

gempak
19/11/2024
11:24 MYT
Ibu kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin Datin Hajjah Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Viral

Penari Balet Terkenal Dunia Maut Jatuh Bangunan 5 Tingkat

gempak
18/11/2024
01:34 MYT
Industri tarian balet kehilangan seorang penari terbaik dunia, Vladimir Shklyarov selepas dia diumumkan meninggal dunia pada 16 November 2024.
Hiburan

Liza Abdullah Anggap Allahyarham S Atan Ibarat Keluarga Sendiri - “Arwahlah Yang Kenalkan Saya Dengan Bekas Suami”

gempak
17/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan penyanyi, Liza Abdullah, 60, gagal menahan rasa sedih dengan pemergian komposer terkenal tanah air, Allahyarham Datuk S Atan yang meninggal dunia pada Sabtu
Unitar