Pelawak dan pelakon Jiggy menafikan video dan perbualan berunsurkan lucah yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Instagram merupakan dirinya.

Sebaliknya Jiggy atau nama sebenarnya Aizat Nazri, 31, tidak menolak penyebaran visual tersebut bertujuan untuk menjatuhkannya.

"Tidak! Itu bukan saya. Saya tak tahu apa kepentingan dan apa yang orang ini mahukan.

"Sedangkan video boleh superimposed, apatah lagi perbualan sebegini.

"Zaman teknologi dan media sosial macam-macam boleh jadi. Jadi kena bersabar dan reda sajalah. Nak buat macam mana?

"Benda sebegini tak ada penyudahnya pun. Kita pun tak tahu apa niat mereka," katanya kepada Gempak.

Seorang pengguna Instagram pada Isnin memuat naik paparan skrin perbualan bersama individu yang menggunakan pengenalan diri sama seperti Jiggy.




Dalam perbualan terbabit, 'Jiggy' cuba menggoda pemilik akaun berkenaan dengan kata-kata lucah dan ayat yang bertujuan membangkitkan nafsu.





Malah, mereka difahamkan membuat panggilan video menerusi Instagram berdurasi lebih 5 minit selain lelaki terbabit menunjukkan alat sulitnya sambil beronani.




Mengulas lebih lanjut berhubung entri berkenaan, Jiggy sifatkan ia tidak logik.

"Gilakah mesej itu seperti bercakap seorang diri saja? Si penghantar itu tak bercakapkah?

"Maknanya orang yang buat ini bercakap seorang diri," katanya yang kini telah disekat daripada melihat akaun berkenaan.

Jiggy dalam pada itu mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan perkara terbabit.

"Tindakan apa yang nak diambil? Benda buat orang (mengaibkan) ini sudah menjadi macam kemestian.

"Kita ambil tindakan pun nanti akaun dia kena padam lepas itu buat akaun lain. Jadi macam mana?

"Senang cerita tak payah layan! Kita nak puaskan hati semua orang pun tak boleh.

"Penatlah sebab kita selalu baca benda macam ini, jadi kita tanya diri kita bila nak habis menganiaya orang sebegini?

"Saya doakan orang ini murah rezeki dan hidup diberkati. Perubahan yang lagi baik dalam hidup ini bukan percuma, ada dugaannya," tambah Jiggy.

Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun bercerai pada Januari 2020.