Malang tidak berbau… itulah yang terjadi kepada pelakon Ramona Zamzam apabila mesin kopi di rumahnya tiba-tiba meletup.

Berkongsi mengenai insiden itu, Ramona memberitahu habis seluruh dapurnya dipenuhi dengan percikan serbuk kopi sehingga terpaksa membersihkannya seorang diri.

“Stres pagi-pagi mesin kopi meletup, habis pecah cawan segala. Saya telah berpesan pada diri sendiri untuk simpan duit dan berhenti membazir dekat cafe luar sana.

“Ye, ye la beli susu oat semalam konon nak buat latte sendiri kat rumah, akhirnya pagi tadi kebaboom. Ah stres seluruh dapur penuh dengan percikan kopi.

“Percikan kopi bukan sesuatu yang kelakar. Habis satu daput serbuk kopi terbang, kena lap hampir semua yang dekat dengan mesin kopi. Pengsan saja la dekat dapur ini seorang-seorang,” kata Ramona.

Ramona turut berkongsi beberapa foto keadaan mesin dan ruang dapur yang dipenuhi serbuk kopi di laman Instastory miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Ramona turut memberitahu suaminya iaitu Rami Alashkar menjadi tempat dia melepaskan kekecewaan.

Bagaimanapun, kesedihan Ramona hilang selepas suaminya yang sedang bekerja memberi kejutan dengan menghantar minuman kopi kesukaannya.

“Dan sudah tentu, saya lepaskan kekecewaan saya melqlui telefon dengan Rami. Kesian pak Arab itu layan bini membebel fasal kopi mesin pecah.

“Semasa dia sedang bekerja di luar, tiba-tiba air kopi sampao setengah jam kemudian. Saya bersumpah saya tidak akan menukar suami saya untuk dunia,” ujarnya lagi.