Meskipun Berbadan Dua, King Coco Turun Padang Hulur Bantuan

Asraf Aided
April 10, 2020 09:27 MYT
Instafamous yang kini bergiat dalam politik, King Coco berkongsi beberapa foto ketika dia memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan ekoran krisis COVID-19.
Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Coco bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan membolehkan dia 'turun padang' meskipun sedang berbadan dua.
"Bismillah, Allah SWT menggerakkan tubuh ini untuk menjadi perantaraan, mengagihkan bantuan di bahagian Bagan Serai.
"Walaupun berbadan dua, Allah SWT masih mengizinkan dan menguatkan tubuh ini untuk melihat dan membantu ramai lagi golongan yang memerlukan," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Coco juga menjelaskan dia tidak mendedahkan wajah individu yang menerima bantuan darinya kerana menghormati mereka.
"Saya memilih untuk tidak mendedahkan muka-muka penerima di media sosial yang saya miliki, luar dari media sosial saya adalah luar bidang kuasa saya.
"Kenapa saya memilih tidak mendedahkan muka-muka yang menerima bantuan? Kerana saya menghormati mereka, mereka juga seorang yang mempunyai maruah dan air muka," tulisnya lagi.
Mac lalu, Coco telah memenangi jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai, Perak dengan memperolehi 62 undi menewaskan dua calon lain.
Terdahulu, Coco mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang dikenali sebagai Kapten Azrin pada tahun 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Kyle Mateen yang kini berusia 3 tahun.
#King Coco #King Coco #Bantuan #COVID-19