Sifat mesra, mudah ditegur serta melayan pelancong dengan baik menjadikan Kuala Lumpur, Malaysia sebagai bandar kedua paling mesra di dunia.

Penganugerahan ini diberikan oleh laman Big Seven Travel dalam satu senarai penuh dikeluarkan mereka baru-baru ini.

Kedudukan itu dipilih menerusi satu kaji selidik membabitkan sejumlah 1.5 juta orang awam seluruh dunia.

Menerusi senarai tersebut Vancouver, Canada berada di keududukan pertama sekali gus menjadi bandar paling mesra di dunia.

Kedudukan itu kemudian diikuti oleh Bruges, Belgium dan Taipei, Taiwan.

Sementara itu negara jiran iaitu Singapura pula sekadar berada di tempat ke-24 oleh Big Seven Travel.

Untuk rekod, Big Seven Travel sebelum ini pernah meletakkan Malaysia di kedudukan ke-17 sebagai negara yang mempunyai lokasi menarik untuk Instagram.

Segala pengiktirafan ini pastinya membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia bangga!