Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Mesra Dengan Afgan, Netizen Label Rossa ‘Bukan Janda Sembarangan’

Izwan Isa 28/10/2021 | 02:50 MYT
Sejak sekian lama, hubungan baik antara diva Indonesia popular, Datuk Seri Rossa dan penyanyi Afgan sering menjadi perbualan umum. Kadang kala mereka kelihatan seperti sahabat baik. Namun, ada masanya mereka tampak seperti sepasang kekasih.
Hal ini dapat dilihat menerusi hantaran-hantaran gambar atau video yang dibuat oleh Rossa menerusi akaun Instagramnya.
Terkini, Rossa dan Afgan masing-masing sedang berada di New York, Amerika Syarikat. Sungguhpun masih kabur adakah mereka ke sana untuk berlibur atau tuntutan kerja, namun, kemesraan mereka cukup terserlah.
undefined
Menerusi perkongsian video terkini di TikTok, Rossa kelihatan sungguh ceria di New York sambil mempamerkan pemandangan sekitar kota yang serba sibuk itu. Namun, Rossa tidak keseorangan dalam video berkenaan.
Afgan turut muncul pada pengakhiran video dan kedua-duanya kelihatan cukup mesra sekali. Lebih manis, Rossa turut menggunakan lagu nyanyian Afgan, Panah Asmara sebagai lagu latar untuk video berkenaan.
Meninjau ruangan komen, ramai yang memuji kemesraan mereka berdua. Namun, terdapat satu komen yang kedengaran agak biadab menarik perhatian wargamaya.
“Janda bukan sembarangan janda,” tulis pengguna TikTok berkenaan.
Sungguhpun komen tersebut menerima lebih 700 tanda suka, namun, ada segelintir pengguna TikTok yang memberi maklum balas negatif terhadap komen berkenaan.
Have some respect bro,” pungkas seorang netizen.
“Cuba kalau aku cakap mak kau macam tu,” soal seorang lagi pengguna platform berkenaan.

A post shared by Rossa (@itsrossa910)

Rossa mendirikan rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo pada 18 Mac 2004 dan bercerai pada 14 Julai 2009. Ketika bergelar pasangan suami isteri, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Rizky Langit Ramadan yang kini berusia 15 tahun
Terdahulu, Rossa juga pernah terkait dengan gosip yang mengatakan dia sering menanggung kos perbelanjaan Afgan tatkala bercuti. Namun, wanita berusia 42 tahun itu menafikan gossip berkenaan.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#Afgan #Rossa #Janda #New York #Mesra
;