Beberapa foto mesra penyanyi popular Indonesia Agnes Monica dengan Chris Brown tular di media sosial sejak semalam.

Penyebaran foto tersebut turut menimbulkan spekulasi Agnes Monica atau lebih dikenali sebagai Agnez Mo kini dikatakan sedang menjalin cinta dengan bekas kekasih penyanyi Rihanna.

Menurut beberapa sumber, Agnez Mo dan Chris Brown mula intim selepas menjalin kerjasama dalam menjayakan single duet terbaharu mereka.

Menguatkan lagi spekulasi mereka sedang bercinta apabila Chris sendiri memuat naik fotonya bersama Agnez Mo di akaun sosial Instagram (IG)nya.



Pengikut IG yang teruja melihat foto-foto tersebut turut mengucapkan tahniah sekiranya benar mereka sedang bercinta.

Bagaimanapun, peminat-peminat Agnez Mo muncul meminta orang ramai tidak membuat spekulasi kerana penyanyi kesayangan mereka itu tidak bercinta dengan Chris.

Mereka turut memuat naik lagu terbaru Agnez Mo dan Chris di laman Youtube.