Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mesti Ada Yang Cuba Nak Ponteng Puasa Macam Edi Kan? Ramadan Pertama Edi Kongsi Lima Cara Nak Kesan!

Zulaikha Yusof
19/04/2021 08:00 MYT
Bulan puasa banyak mengajar kita untuk bersabar, bermuhasabah diri dan meningkat ilmu ibadah kita.

Jadi, bila kita rasa lapar, kita kena ingat orang yang lagi susah daripada kita. Sejauh manakah lapar mereka itu?

Tapi bulan Ramadan ini, masih ada lagi golongan yang tak faham bahasa dan tak ambil kisah.

Ada yang pura-pura berpuasa padahal di belakang curi minum air.

Untuk Vlog Ramadan Keluarga Pak Sobri bersama Edi kali ini, dikongsikan lima cara nak kesan orang yang tak puasa:

1. Hidu Bau Sendawa
2. Periksa Pelitup Muka
3. Lama Kat Dapur
4. Kerap Masuk Tandas
5. Cakap Banyak Tapi Tak Dahaga

Ramadan Pertama Edi merupakan sebuah naskah terbitan Gempak Original Series yang diarahkan oleh sutradara Datuk Yusry Abdul Halim dan Ezrie Gazali.

Mengisahkan tentang Edi dan Nad. Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin.

Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.

Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.

Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.

Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya?

Ramadan Pertama Edi dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Redza Rosli, Mimi Lana, Datuk Aznil Nawawi, Elly Mazlein, Abon, Datin Lisa Surihani dan ramai lagi.

Berdurasi selama 30 minit, Ramadan Pertama Edi bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Jika anda terlepas untuk menonton episod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian Ramadan Pertama Edi.


#Redza Rosli #Drama #Ramadan Pertama Edi #Vlog
;