Mendidik anak-anak bukan tugas seorang ibu semata-mata, tetapi ayah juga memainkan peranan yang penting untuk sama-sama memberikan kasih sayang.

Bukan satu perkara yang senang apabila ayah juga bertanggungjawab untuk mencari pendapatan keluarga dan kerja yang dilakukan mungkin juga menyebabkan kurang masa untuk bersama dengan anak-anak.

Namun buat bekas pelakon dan usahawan Faralyna Idris, perkara itu memerlukan usaha bukan sahaja di pihak ayah, tetapi juga ibu memainkan peranan yang penting untuk memastikan anak-anak sentiasa ingat pada ayah mereka.

“Mesti anak-anak taknak sangat dekat Ayah dorang kan sebab Ayah selalu takde - yang org selalu cakap dekat kita.

“Tula abang tu jarang ada dekat rumah. Memang anak-anak taknak lah dengan abang. - yang kita tak sengaja cakap dekat suami sebab kita anggap biasa je cakap macam ni, sebab facts," tulis Faralyna tentang perkara yang sering diperkatakan orang atau seorang isteri.

Faralyna yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Bonda di akaun Instagram miliknya mengakui bahawa suaminya jarang berada di rumah kerana hal-hal kerja. Balik kerja anak-anak sudah tidur, dan pergi kerja kadangkala anak-anak belum bangun lagi.

"Tapi of course ada usaha-usaha yang suami Bonda buat untuk adakan masa dan ruang untuk dia dan anak-anak spend together.

"Bonda? Walaupun suami dah berusaha, tak bermakna Bonda boleh duduk diam senang lenang. Bonda pun kena usaha sama, cari iniative lain yang Bonda boleh buat supaya anak-anak dapat masa yang secukupnya dengan Ayah dorang," tulis Faralyna.

Menurut Faralyna, dia berusaha untuk memastikan bahawa anak-anaknya sentiasa ada masa bersama ayah mereka sama ada melalui telefon, panggilan video ataupun bawa anak-anak ke pejabat ayah mereka dan singgah seketika

“'Ayah tu busy lah' antara benda yang Bonda cuba elakkan cakap dengan anak-anak. Walau hakikatnya kita tahu Ayah busy TAPI kita boleh jadikan dalam kesibukan Ayah, tetap Ayah ada untuk anak-anak. Tetap Ayah dalam hati & fikiran anak-anak. Tetap ‘Ayah’ yg anak-anak sering sebut sebutkan.

"Kenapa kita pula nak kene usaha? Mestilah. Anak-anak ni anak kita bersama, suami isteri. Jadi, suami isteri harus sama-sama berusaha untuk anak-anak.

"Bila dia cranky, memang dia nak Bonda je. Tapi kena time dia nak Ayah je tu, bila depan mata tak ak lepas. Takda depan mata, sehari 20 kali nak video call.Oh Ayu," tulis Faralyna bercerita tentang anak bungsunya itu.

“Mesti anak-anak taknak sgt dkt Ayah diorg kan sebab Ayah selalu takde.” - yg org selalu ckp dkt kita. “Tula abang tu jarang ada dkt rumah. Mmg anak-anak taknak lah dgn abang.” - yg kita tak sengaja ckp dkt suami sbb kita anggap biasa je ckp mcm ni, sbb facts. Mcm Bonda, Bonda akui. Suami Bonda mmg jarang ada dkt rumah. Time blk kerja pula selalu anak-anak dah tidur. Pergi kerja kadang anak-anak tak bgn lagi. Tapi of course ada usaha-usaha yg suami Bonda buat utk adakan masa dan ruang utk dia dan anak-anak spend together. Bonda? Walaupun suami dah berusaha, tak bermakna Bonda boleh ddk diam senang lenang. Bonda pon kene usaha sama, cari iniative lain yg Bonda boleh buat supaya anak-anak dpt masa yg secukupnya dgn Ayah diorg. Call Ayah. Video call dgn Ayah. Bawa pergi office Ayah. Singgah kejap walaupun tak masuk pon. “Ayah tu busy lah” antara benda yg Bonda cuba elakkan ckp dgn anak-anak. Walau, hakikatnya kita tahu, Ayah busy TAPI kita boleh jadikan dlm kesibukkan Ayah, tetap Ayah ada utk anak-anak. Tetap Ayah dlm hati & fikiran anak-anak. Tetap ‘Ayah’ yg anak-anak sering sebut sebutkan. Kenapa kita pula nak kene usaha? Mestilah. Anak-anak ni anak kita bersama ; suami isteri. Jadi, suami isteri harus sama-sama berusaha utk anak-anak ?? Bila dia cranky, mmg dia nak Bonda je. Tapi kene time dia nak Ayah je tu, bile depan mata tak ak lepas. Takde depan mata, sehari 20 kali nak video call. Oh Ayu. #anakBondAyah #FiraAyu #FiraAnggun

A post shared by Faralyna Idris (@faralynaidris) on


Faralyna Idris berkahwin dengan Muhammad Fikri Abdullah pada 12 Disember 2014 dan melalu perkongsian hidup mereka hingga kini, mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan, Fina Anggun yang dilahirkan pada 29 Oktober 2015 dan Fira Ayu yang dilahirkan pada 21 Jun 2018.