Berita
“Mesti Dia Tak Pernah Terfikir Akan Kahwin Dengan lelaki Rambut Panjang”- Mamat Sepah
Pelawak Mamat Sepah akui karakter dia dan isteri, Nordiana Ibrahim sangat berbeza terutama dari segi penampilan.
Malah dia membayangkan pasti isterinya yang merupakan seorang anggota polis tidak menyangka bertemu jodoh dengan lelaki berambut panjang.
Namun Mamat yakin imej luaran tidak menjanjikan apa-apa untuk kebahagiaan rumah tangga.
“Macam langit dan bumi. Di sudut hati isteri saya mesti fikir kenapa la laki dia mcm ni. Mesti dia tak pernah terfikir akan berkahwin dengan lelaki rambut panjang macam saya..
“Yela sekeliling di tempat kerja dia semua orang yang smart dan berdisplin tapi balik je rumah jumpa suami rambut mcm orang dalam lokap, kadang-kadang tu yang kat lokap tu lg smart dari laki dia..
“Apa-apa pun dia kena trima hakikat kawin dengan rockers sejati. Siapa suruh awk terima pinangan saya dulu?
“Lagipun luaran tidak mnjanjikan apa-apa, yang penting???? Tolong sambung......” tulisnya.
Mamat berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam foto tersebut Mamat cuba membuat lucu dengan menutupi seluruh mukanya dengan rambut.
Mamat atau nama sebenarnya Muhammad Noor Murad berkahwin pada 1 Mac lalu.