Pelakon Maya Karin merancang untuk menyelamatkan harimau-harimau yang semakin terancam di Malaysia.

Menerusi laman sosial Instagram, Maya memuat naik sekeping foto bersama teman baiknya yang juga merupakan seorang penjaga hutan di Royal Belum, Perak untuk tatapan umum.

“Mesyuarat beserta makan malam yang bagus bersama rakan baik Shah Redza – Penjaga Hutan Royal Belum. Rancangannya untuk menyelamatkan harimau-harimau kita.

“Nantikan projek kami tahun ini, Kami perlukan rangers yang serius. Sesiapa lagi dari segi korporat nak tolong please hubungi pengurus saya. It’s now or never,” tulis Maya sebagai kapsyen.

Super good dinner meeting with my good friend Shah Redza - Keeper of Royal Belum Forest. Making plans to try save our tigers. Look out for this project this year. Kami perlukan rangers yang serious. Sesiapa lagi dari segi korporat nak tolong please hubungi my manager Anne +60 17 652 8423. I told you big things are in plans.. it’s Now or Never #malayantiger #harimaumalaya

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on


Meninjau ruangan komen, ramai pengikut memberikan sokongan kepada aktivis alam semulajadi ini yang mengharap usaha Maya dapat membantu masalah kepupusan harimau di Malaysia.

“Ada banyak semangat harimau dalam diri awak. Rawr! Harap saya dapat ikut serta usaha awak,” tulis seorang wargamaya.

“Steady la kak Maya. Ke mana-mana pun tak pernah lekang dengan botol air tu,” puji seorang wargamaya.

Malah, tidak kurang juga ada yang berminat dengan tawaran rangers yang dicari.



“Saya mencari ranger yang fit, pandai membaca kompas, semangat pasukan, tiada ego dan boleh menerima arahan,” tulis Maya tentang kriteria ranger yang dicari.

Terdahulu, Maya berdepan masalah sukar melelapkan mata kerana memikirkan harimau yang semakin diancam kepupusan.