“Mesti Kena Ada Muka Untuk Dia Belai Dan Ramas” – Amar Baharin Dedah Tabiat Anak

Mya Amri
Disember 6, 2018 13:10 MYT
Pelakon Amar Baharin mendedahkan tabiat anaknya, Aqeef Anaqi ketika menonton televisyen.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi satu video pendek di akaun Instagram (IG) miliknya.
“Habit @aqeefanaqi kalau baring, mesti kena ada muka untuk dia belai dan ramas.
“Kalau tengok muka mak bapak dia herot berot tu faham la kan sebab apa,” tulisnya.
Rata-rata pengikut terhibur dengan gelagat Aqeef dan berkongsi perangai anak masing-masing menerusi ruangan komen.
“Hahah sama dengan adik saya, tapi adik saya hanya suka gentel siku sambil hisap jari,” komen @_eynamohdsukri
“Anak saya suka gentel telinga, kadang-kadang sampai luka telinga saya. Dah nak masuk 5 tahun pun masih lagi dengan habit dia nak tido cari telinga saya,” tulis @acik_aishah88
Sehingga kini video yang dimuat naik itu mendapat lebih 65,000 tontonan.
Foto: Instagram @amarbaharin
#Amar Baharin #Amar Baharin #Aqeef Anaqi