"Mesti Tengok Ni, Tak Tengok Rugi!" - Netizen Tak Sabar Nak Tonton Filem Paskal

Kamaruddin Razal
Ogos 14, 2018 11:18 MYT
Pengorbanan serta kehidupan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direalisasikan dalam sebuah filem yang berjudul Paskal.
Diadaptasikan dari kisah benar, Paskal berkisarkan mengenai kisah kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Menjalani penggambaran pada Mac lalu, filem ini akan ditayangkan pada 27 September ini.
Trailer filem Paskal telah dikeluarkan pada hujung bulan lalu dan ia mendapat respon positif peminat.
Rata-rata peminat sudah tak sabar mahu menonton filem arahan sutradara Adrian Tan.
Filem ini menelan bajet sebanyak RM10 juta dan menjalani penggambaran di di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Mahgribi.
Jangan lupa saksikan Paskal pada 27 September ini di pawagam berhampiran anda!
Teks: Kamaruddin Razal
#Paskal