Laman Utama
"Mesti Teringat Zaman Suami Isteri"- Suruh Move On, Netizen Minta Abby Abadi Tak Selalu Jumpa Norman
Sering berjumpa dan berbaik dengan bekas suami membuatkan segelintir dilihat kurang senang dengan hubungan keakraban Abby Abadi dan Norman Hakim.
Malah ada yang meminta Abby untuk tidak menjalinkan hubungan baik dengan keluarga Norman supaya boleh terus membina hidup baru atau 'move on'.
Abby yang pernah aktif dalam bidang seni suatu ketika dahulu berkongsi beberapa jawapan dan soalan netizen dalam sosial media TikTok mengenai hubungannya dengan Norman dan Memey yang didakwa netizen keterlaluan.
"Baik macam mana pun, luka lama tak boleh hilang," komen salah seorang warganet dalam satu kemas kininya di TikTok.
Abby dengan selamba menjawab sudah melupakannya.
"Sudah-sudahlah tu, tak ada luka dah saya ni...Rilek-rilek sudah," jawabnya.
Abby yang dilihat aktif menjawab komen netizen itu turut berkongsi nasihat salah seorang warga maya yang memintanya supaya tidak selalu berjumpa dengan Norman.
"Kita pun nak nasihat awak jangan selalu sangat ada dengan bekas lelaki. Macam tak boleh move on. Jangan guna alasan anak pula," komen salah seorang netizen.
Abby menafikan kenyataan itu.
"Lain kali cakap siang pandang-pandang, jangan main terjah je. Tak pernah pun saya hairan nak ada selalu dengan Norman tu ya. Norman tu yang selalu datang depan rumah saya ambil anak-anak dia,jumpa anak-anak.
"Raya pun dorang datang rumah kita. Kita selalu dengan Memey je. Awak malu-malu sikit ya kalau nak tuduh-tuduh," balasnya.
Selain itu, Abby turut menjawab soalan netizen yang mendakwa dia pasti teringat momen ketika masih suami isteri.
"Mesti teringat zaman suami isteri, pasti huhu...sebab cerai dicurangi huhu," komen salah seorang warganet.
Jawab Abby; "Kita tak hairan pun lah. Tka payah nak pasti sangat. Allah uji sebab sayang. Tenang-tenang selalu ya,"
Banyak lagi perkongsian Abby yang dalam masa yang sama meminta semua pengikut Instagramnya mengikuti atau follow akaun TikTok terbahrunya bernama @abbyabadi112
Terdahulu Abby berkahwin dengan Norman pada 2002 tetapi bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 18; Marissa Dania Hakim, 16; dan Danisha Hakim, 13.
Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 8; Muhammad Dikhriz Hakim, 6; dan Mikayla Delisha Hakim, 3.