"Mestilah Aku Cakap Dia Yang Terbaik, Takkan Mak Jiran Pula" - Sweet & Kelakar Ucapan Kak KM Sempena Birthday Ibunya, Normah Damanhuri!

Kamaruddin Razal
September 23, 2019 03:25 MYT
Usahawan selebriti, Liana Rosli atau mesra dipanggil Kak KM mencoretkan ucapan khas untuk ibunya, pelakon veteran berbakat besar, Normah Damanhuri.
Ucapan itu dibuat oleh Kak KM bersempena sambutan hari lahir Normah pada 21 September lalu di laman Instagram miliknya.
Terkenal dengan sikapnya yang gemar mengusik dan melucukan, Kak KM sempat menyelitkan eleman lawak dalam ucapan terbabit.
"Ibu adalah seorang wanita yang cantik, penuh kasih, luar biasa dan menjadi sedikit lebih tua hari ni tapi ia tidak mengubah apa-apa kasih sayangmu tetap utuh," tulis Kak KM.
Terkenal dengan sikapnya yang gemar mengusik dan melucukan, Kak KM sempat menyelitkan eleman lawak dalam ucapan terbabit.
"Ibuku terbaik dalam dunia ni. Ye lah mak aku kan, mestilah aku cakap dia yang terbaik, takkan cakap mak jiran pula. Selamat ulang tahun mak..
"Sayang mak sangat. Sebab doa mak juga Sayang jadi apa Sayang jadi sekarang. Rezeki tak putus-putus, syukur Alhamdulillah," tulisnya lagi.
Menerusi ruangan komen entri terbabit, rata-rata peminat turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir kepada Normah.
#Normah Damanhuri #Kak KM