Semenjak tempoh seminggu ini sudah ramai penggiat seni yang mula bersuara tentang hak mereka untuk kembali bekerja.



Memandangkan kerajaan sudah membuka banyak ruang kepada pelbagai industri untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai penggiat seni berasakan mereka juga patut diberi kelonggaran.


Baca: "Sampai Sekarang Masih Menyepi? Kami Juga Bayar Cukai" -Arash Mohd Mahu Jawapan & Tindakan Dari Kementerian


Baca: "Bukan Mahu Menagih Simpati Atau Meminta Lebih Dari Yang Sepatutnya .." - Diana Danielle Dedah Kehidupan Sebenar Anak Seni

Semalam, Kementerian Komunikasi dan MultiMedia Malaysia (KKMM) mengeluarkan satu kenyataan media mengenai aktiviti penggambaran semasa pelaksanaan PKPB. Berikut adalah kenyataan media tersebut.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia(KKMM) telah menerima permohonan daripada pelbagai persatuan bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan aktiviti penggambaran sewaktu tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kementerian juga menerima pelbagai cadangan Standard Operating Procedure (SOP) bagi aktiviti penggambaran daripada persatuan filem tempatan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah pun meneliti SOP tersebut. Cadangan SOP tersebut telah dibawa untuk pertimbangan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bilangan 42 Tahun 2020 pada hari ini (14 Mei 2020).

Walaubagaimanapun, mesyuarat ini akan memutuskan pelaksanan SOP tersebut dalam masa terdekat, iaitu setelah meniliti impak pelaksanaan PKPB dan kesan pembukaan semula operasi sektor ekonomi.

KKMM akan sentiasa berusaha bagi memastikan Industri Kreatif terus berkembang pesat dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.



Siaran media tersebut telah dikeluarkan oleh Unit Komukasi Korporat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 14 Mei 2020.