Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Mesyurat Kabinet Untuk Putuskan Sama Ada Jemaah Malaysia Dibenar Tunaikan Haji Tahun Ini

Fiza Kamarudin 30/05/2021 | 06:40 MYT

Satu mesyuarat Kabinet bakal diadakan dalam tempoh terdekat untuk memutuskan sama ada kerajaan akan meneruskan penghantaran jemaah haji tahun ini.

Perkara tersebut diumumkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata, pihaknya turut difahamkan sudah ada beberapa negara yang memutuskan untuk tidak menghantar jemaah menunaikan haji pada tahun ini.

"Apa pun kita tunggulah keputusan Kabinet kerana masa yang ada sudah semakin suntuk.

"Memang negara kita dibenarkan untuk mengerjakan haji dalam jumlah tertentu namun angka atau kuotanya masih lagi kabur," katanya.

Ahmad Marzuk berkata, berdasarkan maklumat, kerajaan Arab Saudi membenarkan hanya 60,000 jemaah haji tahun ini iaitu 45,000 jemaah dari seluruh dunia dan 15,000 jemaah dari negara itu sendiri.

"Malaysia juga mendapat ruang tertentu tetapi kita belum mendapatkan lagi keputusan jelas (jumlah sebenar kuota jemaah) daripada kerajaan Arab Saudi. Kita jangkakan dalam masa terdekat ini jumlah itu bakal diperoleh," katanya.

Sementara itu tinjaun Gempak di ruangan komen media sosial, rata-rata mengharapkan agar ada sinar buat Jemaah haji Malaysia pada tahun ini.
“Semoga ada sinar buat jemaah haji Malaysia tahun ini,” komen seorang pengguna.
“Apapun keputusannya diharap kerajaan dapat putuskan yang terbaik buat rakyat,” komen pengguna lain pula.
“Kita doakan semua dipermudahkan. Kalau jemaah kita dapat tunaikan haji tahun ini, Alhamdulillah,” komen seorang lagi.

#Datuk Ahmad Marzuk Shaary #Jemaah Haji #Kabinet
;