Metallica salur Bantuan Tangani Kebakaran Hutan California
Asraf Aided
06/11/2019 10:52 MYT
06/11/2019 10:52 MYT
Kumpulan rock Metallica melalui yayasannya All Within My Hand mendermakan sebanyak AS$100,000 (RM414,000) sebagai bantuan bagi menangani kebakaran hutan di utara dan selatan California, lapor AWANI.
Perkara itu diumumkan melalui media sosial kumpulan muzik itu pada Selasa.
Metallica berkata AS$50,000 (kira-kira RM207,000) akan disalurkan kepada dana Sonoma County, manakala selebihnya kepada dana Wildfire Relief.
Mereka juga menggesa peminat untuk mendermakan wang, makanan dan pakaian kepada mangsa terjejas.
Kumpulan muzik yang ditubuhkan di California itu telah mendermakan jutaan dolar melalui banyak program kebajikan.
Sumber : Astro AWANI