Hiburan

#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian

gempak
Mya Amri
07/05/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Kehadiran pelakon, Tan Sri Michelle Yeoh di acara karpet merah Met Gala 2024 mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan gaun kerajang timah atau aluminium foil.
Berbicara mengenai gaun itu, Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 62, berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasikan daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
“Sebenarnya pakaian ini inspirasi daripada Demna sendiri, katanya gaun ini adalah sesuatu yang dia pernah buat ketika masih kecil.
“Bermain dengan kerajang timah dan membuat pakaian untuk anak patung mainan adiknya. Jadi hari ini seolah olah momori itu kembali,” ujarnya.
Menariknya lagi, pemenang Anugerah Oscar itu juga turut tampil dengan potongan dan gaya rambut baharu yang membuatkan Michelle kelihatan lebih muda.
Met Gala 2024 yang berlangsung di Muzium Seni Metropolitan, New York pada malam Isnin itu mengangkat tema Sleeping Beauties: Reawakening Fashion dengan kod pakaian The Garden of Time.
Acara gilang gemilang itu juga turut menampilkan ramai selebriti terkenal termasuklah Jeniffer Lopez, Sarah Jessica Parker, Kylie Jenner, Rihanna, Ariana Grande, Cardi B dan Doja Cat.
Sumber: people.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live