HIBURAN
Mewah & Klasik! Majlis Kahwin Adik Ipar Erissa Puteri Jadi Perhatian – “Ingatkan Wedding Orang Luar Negara..."
Gadis yang pernah mencuri perhatian netizen sewaktu majlis perkahwinan penyanyi Erissa Puteri Hashim dan abangnya, Danial Iskandar kembali menjadi tumpuan apabila selamat diijabkabulkan dengan jejaka kacukan yang juga seorang juruterbang berpangkalan di London.
Putri Darweena Natasya, atau mesra dikenali sebagai Weena, selamat disatukan dengan pasangannya, Ishtiaq Ahmed Ishaq, dalam sebuah majlis romantik bertemakan klasik yang berlangsung di sebuah bangunan bersejarah di Chard, Somerset, United Kingdom.
Penampilan Weena dalam busana pengantin serba putih lengkap dengan veil sepanjang tujuh meter rekaan pereka terkenal Engku Rizalman menjadi tumpuan warganet.
Tidak ketinggalan, Weena turut mendapat sentuhan jurusolek profesional Rozlan Nassir yang diterbangkan khas dari Malaysia untuk menyempurnakan solekan pengantin.
undefined Bagaimanapun, di sebalik pujian terhadap keindahan majlis dan keanggunan pasangan mempelai, ruangan komen di media sosial turut dibanjiri dengan persoalan tentang tema perkahwinan yang disifatkan sesetengah netizen sebagai “kelihatan seperti majlis keagamaan lain”.
“Aku ingat majlis kahwin dekat gereja, rupa-rupanya orang Melayu Islam.
“Tak ada ke dalam family dia yang nak tegur? Majlis macam ni dah menyerupai sesuatu kaum… sambung la sendiri.
“Ingat mat saleh mana tadi… ingat wedding orang luar negara lalu FYP,” komen beberapa netizen
Dalam pada itu, segelintir netizen tampil mempertahankan pasangan tersebut, menyatakan bahawa suasana klasik dan lokasi majlis tidak sepatutnya dijadikan isu selagi ia tidak melanggar batas agama.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Weena menjadi perhatian ramai.
Sebelum ini, ketika menghadiri majlis perkahwinan abangnya Danial dan Erissa, dia turut tular gara-gara penampilannya dikatakan ‘overshadow’ pengantin wanita.