gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ezzanie Jasny Kena ‘Maki’ Sebab Bawa Watak Nuha - “Ramai Yang Hentam Sebab…”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Ray-D Berhenti Belajar Sebab…
BERITA
Kandungan Memudaratkan: MCMC Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Telegram 'Edisi Siasat' & 'Edisi Khas'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Mewahnya! Souvenir Bridesmaid Alyssa Daguise Cecah Ribuan Ringgit, Netizen Terpegun - “Macam Dapat Hadiah Hantaran…”

gempak
Umirah Halim
19/06/2025
04:30 MYT
Sponsor Banner
Mewahnya! Souvenir Bridesmaid Alyssa Daguise Cecah Ribuan Ringgit, Netizen Terpegun - “Macam Dapat Hadiah Hantaran…”
Baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan anak kepada penyanyi Indonesia Ahmad Dhani, iaitu Al Ghazali, nama Alyssa Daguise terus mencuri perhatian apabila hadiah yang diberikan kepada para bridesmaid baru-baru ini menjadi tular di media sosial.
Majlis perkahwinan pasangan romantis itu berlangsung penuh elegan, namun apa yang turut menjadi bualan netizen adalah souvenir eksklusif yang diberikan Alyssa kepada pengiring pengantinnya semasa acara bridal brunch sebelum majlis akad nikah lalu.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna @rafaelapage00, Alyssa dilihat tampil menawan dalam gaun kuning sambil mengedarkan souvenir eksklusif kepada rakan-rakannya.
@unbranded_store maaf ya kak alyssa aku kemarin berhalangan hadir, soalnya kita ga kenal🥹 btw salfok cantikbgt😭🙏🏻 #alyssadaguise #bridalshower #alghazali #alalyssa ♬ original sound - unbranded_store
Kotak berwarna putih dengan reben coklat itu bukan sekadar cantik, malah isi di dalamnya dikatakan mencecah nilai lebih RM4,000 setiap satu.
Antara item mewah yang terkandung dalam souvenir tersebut termasuk:
  • Alat pelurus rambut Dyson Airstrait bernilai sekitar RM2,300
  • Set penjagaan kulit premium dari SK-II
  • Sepasang kasut tumit tinggi dipercayai dipakai sewaktu majlis
  • Produk rawatan rambut dari jenama Olaplex
  • Minyak wangi eksklusif jenama Illio
  • Alat solek daripada Huda Beauty
  • Tumbler jenama Corkcicle bernilai sekitar RM270
  • Penutup mata satin berwarna krim
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan kemurahan hati Alyssa dalam usaha untuk menghargai para pengiring pengantinnya.
Malah, ramai menyifatkan hadiah yang diberikan bukan sahaja mewah, malah menunjukkan betapa telitinya Alyssa dalam merancang setiap perincian menjelang hari bahagianya.
“Bridesmaid pun rasa macam dapat hadiah hantaran.
“Mewahnya, kalah wedding Luna Maya.
“Kalau hadiah bridesmaid macam ni, tak berani datang kenduri bawa angpau kosong,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Alyssa dan Al Ghazali sah bergelar suami isteri pada 16 Jun lalu.
Topic Berkaitan
#Harga
#Alyssa
#bridesmaid
#daguise
#dyson
Must-Watch Video