Mia Sara Sambut Hari Jadi Ke-13, Dah Remaja Pun Dia!

Asraf Aided
Oktober 1, 2018 13:50 MYT
Pelakon cilik, Mia Sara Nasuha telah menyambut hari jadinya yang ke-13 semalam.
Majlis bertemakan 'fairy tale' itu berlangsung di ruang acara terkemuka di Kuala Lumpur.
Mia telah mengenakan sepasang gaun berwarna biru turqoise yang menyerlahkan personaliti 'sweet' dirinya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen telah menulis ucapan terhadap Mia dan memuji tema majlis hari jadinya itu.
Terkenal dengan watak-watak comel ketika usia kecil, Mia mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2008 dan berjaya mengekalkan popularitinya menerusi filem, siri TV dan telefilem tempatan.
#Mia Sara