Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mia Sara Trending Di Twitter Sejak Semalam, Hampir Kena Cancel Gara-Gara…

Izwan Isa
03/02/2022 22:50 MYT
Semalam, kecoh di laman sosial apabila sepotong ciapan daripada pelakon Mia Sara viral di Twitter.

Menerusi ciapan tersebut, Mia menulis: “Why does every girl wearing black shawl and eyeliner looks like me. I’m tired of getting tagged in random girls TikTok,” tulisnya.

Ciapan tersebut secara kasarnya membawa maksud yang Mia berasa gadis-gadis yang memakai shawl dan eyeliner kelihatan cantik kerana diri sendiri, bukan kerana dirinya.

Namun, ciapan tersebut telah disalah tafsir oleh netizen. Ada netizen yang bertanya semula kepadanya kenapa dia mempersoalkan ramai gadis menyerupai dirinya.

“What do you mean ‘looks like me’ dia orang copy you? Memang fashion you sorang ke macamtu? Maaf bertanya sahaja,” tanya seorang pengguna Twitter.

Mia kemudiannya menjawab: “They can be pretty and look like themselves don't need to look like me,” tulisnya.

Sungguhpun ada segelintir yang mengecam, namun, masih ramai yang memberi sokongan kepada Mia dan menyifatkan mereka yang menuduh Mia dengan perkara yang tidak betul gagal memahami maksud ciapan yang dihantar oleh pelakon itu.



“Sebenarnya statement ‘look like me’ tu dari orang yang tag Mia tu. Contohnya macam ni, orang yang tag Mia: ‘Wehh muka sama macam Mia la’ padahal muka masing-masing kecantikan masing-masing tak perlu samakan dengan Mia pun,” tulis seorang pengguna Twitter.

Menerusi laporan media tempatan, Mia turut memberitahu yang dia hanya ingin sampaikan mesej positif. Namun, dia mengakui cara penulisan ciapannya agak mengelirukan.
#Trending #Mia Sara #Twitter #TikTok
;