HIBURAN
Michael Ang Anggap Gurauan Tentang Penyakit Kelamin Sebagai Tidak Bermoral - “It’s Not Funny…”
Pengarah, Michael Ang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sepasang suami isteri yang menjadikan penyakit kelamin sebagai bahan gurauan di media sosial
Menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Michael menyifatkan tindakan itu sebagai satu tindakan yang tidak sensetif dan boleh menimbulkan salah faham.
“Geram pula baca statement laki biji kepam,bini buat content saja. Dengar sini kalau nak buat content boleh tapi kalau buat pasal penyakit macam tu its not funny.
“Dengan biji bernanah dekat bibir dan muka, awak cakap content pun orang tak percaya . Orang akan anggap itu adalah herpes. Dah la awak jual makanan orang luar tengok terus timbul tanda tanya rakyat Malaysia perangai macam ni ye,” katanya.
Dalam pada itu, pengarah drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi itu juga menganggap tindakan pasangan tersebut sebagai satu tindakan yang tidak bermoral.
“Tak ada ke Food Health Authorities untuk pantau benda macam ni, nak kata kami gelabah tidak tapi cara awak suami isteri macam dah tak ada moral dan rasa malu,” ujarnya lagi.
Terdahulu, pempengaruh dan usahawan, Kieda mendedahkan bahawa dia mengalami jangkitan herpes simplex selepas bibirnya dipenuhi bintik kecil.
Menerusi video di TikTok, Kieda berseloroh mengaitkan jangkitan tersebut dengan kebersihan alat kelamin suaminya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.