Michael Ang Berang, Harap Pemandu Honda Jazz Dapat Hukuman Berat - “Kalau Ni Anak Aku, Aku Sendiri Hantar Ke Polis, Kurung Dalam Jail!”
Pengarah, Michael Ang meluahkan rasa geram susulan isu pemandu kereta Honda Jazz yang melanggar lampu isyarat sehingga mengakibatkan kemalangan maut membabitkan dua remaja.
Hukuman berat
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Michael berharap agar pihak polis dapat menjalankan tanggungjawab dengan adil dan memberikan hukuman setimpal terhadap si pelaku.
Dalam hantaran yang sama, Michael juga dengan tegas mengingatkan ibu bapa supaya tidak membenarkan anak-anak memandu tanpa lesen.
“Ibu bapa tolonglah, kalau tak ada lesen janganlah bagi anak anda memandu atau menunggang motosikal.
“Kalau ini anak aku, aku sendiri hantar anak aku ke polis dan suruh dia kurung dalam penjara!” coretnya.
Terdahulu, dalam kejadian Khamis lalu, kemalangan berpunca daripada sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipandu remaja berusia 18 tahun dari arah Senawang menuju ke Paroi, gagal mematuhi lampu isyarat merah lalu merempuh dua buah motosikal dari arah sebelah kiri.
Kemalangan tersebut menyebabkan Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan pemboncengnya, Muhammad Aswari Lotpi, 16, maut di tempat kejadian.
Empat individu lain iaitu pemandu dan penumpang kereta Honda Jazz serta penunggang dan pembonceng motosikal jenis Honda Vario mengalami cedera parah menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.