Michael Ang Hidap Influenza A, Pesan Semua Berjaga-Jaga!

Asraf Aided
Februari 1, 2020 03:39 MYT
Pengarah terkenal, Michael Ang disahkan menghidap Influenza A selepas membuat pemeriksaan di sebuah hospital tempatan.
Perkara itu dikongsi Michael menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Di entri itu, Michael berkongsi foto keputusan pemeriksaan kesihatan yang mengesahkan dia dijangkiti penyakit tersebut.
"Salam semua, Inflenza A pulak! Nampaknya sambung cuti lagi! Berjaga-jaga ya, sayang awak semua!" tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian dari para pengikut Michael di ruangan komen.
Rata-rata mereka mendoakan Michael agar sembuh dengan segera.
Difahamkan, golongan yang berisiko tinggi menghidap Influenza A adalah kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah dan warga emas berusia 65 tahun keatas.
Namun begitu, masyarakat dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan berjaga-jaga terutamanya ketika berada di tempat awam.
#Michael Ang #Influenza A