Laman Utama

Michael Ang Tegur Netizen Puaka Suka Komen Rasis - “Jangan Ingat Aku Ni Artis Longkang”

gempak
Mya Amri
14/11/2023
16:00 MYT
Sponsor Banner
Michael Ang Tegur Netizen Puaka Suka Komen Rasis - “Jangan Ingat Aku Ni Artis Longkang”
Pengarah, Michael Ang menegur sikap segelintir netizen yang gemar meninggalkan komen negatif dan berbaur rasis di Instagram miliknya.
Michael meluahkan rasa kecewanya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya pada Selasa.
Menurut Michael, teguran yang dilakukan oleh segelintir netizen dirasakan terlalu melampaui batas dan biadab sehingga ada yang menghina agama.
“Tak faham aku netizen. Kau memang tak suka nak dengar apa aku cakap atau post kan tapi kenapa nak jugak baca dan dengar.
“Lepas tu kalau komen elok elok setuju atau tak setuiu aku okay lagi, boleh aku layan dengan elok tapi bila dah tahap rasis dan menghina agama, memang aku jawab mcm dajjal la dekat kau,” tulisnya.
Dalam pada itu, Michael juga menegaskan sekiranya kurang menyukai hantaran yang dilakukan lebih baik mengambil langkah untuk tidak mengikuti akaun Instagram miliknya.
“Hidup ni senang tak suka, jangan baca, jangan follow. Sekali lagi jangan ingat aku ni artis longkang je, aku rakyat Malaysia, aku ada pendapat dan pendirian aku.
“Ini IG aku, aku nak suara apa benda pun suka hati aku, yang kau orang tak suka jangan lah baca. Nak komen positif atau negatif silakan. Tapi jangan sentuh bangsa, agama dan keluarga,” tulisnya.
Terdahulu, Michaael merupakan antara selebriti yang terkenal dengan kelantangan bersuara mengenai isu-isu semasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live