Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Michael Buble Ucap Selamat Tinggal Buat Dunia Hiburan

Elrafaei Sapi 14/10/2018 | 03:36 MYT
Penyanyi popular antarabangsa, Michael Buble akhirnya mengambil keputusan bersara daripada bidang nyanyian yang mengejutkan ramai peminatnya.
Popular menerusi pelbagai lagu antaranya Feeling Good, Sway dan Me and Mrs Jones, penyanyi berusia 43 tahun ini dikatakan mengambil keputusan drastik itu selepas anaknya mengidap kanser hati.
Dalam temubual bersama Daily Mail Weekend Magazine, penyanyi itu menyatakan dia bukan saja meninggalkan bidang muzik tapi kehidupan sebagai selebriti.
"Ini adalah interview saya yang terakhir. Saya bersara daripada bisnes ini.
"Saya sudah mencapai rekod terbaik dan kini saya boleh meninggalkannya ketika berada di kemuncak," katanya.
Meskipun keputusan penyanyi itu mengejutkan peminatnya tapi apa yang lebih menyedihkan adalah anak penyanyi itu, Noah yang disahkan mengidap kanser pada 2016.
"Melalui semua ini bersama Noah, saya tidak mempersoalkan diri sendiri tapi bertanyakan perkara lain. Kenapa kami berada di sini," katanya.
Buble yang mempunyai 1.9 juta pengikut di Instagramnya, @michaelbuble akan melancarkan album terbarunya berjudul Love pada 16 November depan mengakui fokusnya kini lebih pada anaknya.
"Diagnosis tersebut membuat saya sedar betapa saya bodoh tanpa mempdulikan perkara yang dianggap tidak penting. Saya malu dengan ego sendiri," katanya.
Keputusan Buble itu juga membuatkan dia mahu meninggalkan media sosial dan kehidupan glamor sebagai selebriti yang digelar selebriti narsisisme.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @michaelbuble
#Michael Buble
;