Legenda NBA, Michael Jordan dilaporkan menderma sebanyak RM40 juta untuk membangunkan dua buah klinik di kampung halamannya di Wilmington, Carolina Utara.

Klinik tersebut dijangka beroperasi pada 2022 dengan menerima penduduk kampung yang tidak mempunyai insurans dan insurans, tulis kenyataan yang dikeluarkan dari Novant Health, sebuah sistem penjagaan kesihatan.

"Semua orang layak mendapat layanan atau perkhidmatan kesihatan yang terbaik, dalam apapun keadaan mereka termasuk tidak memiliki insurans.

"Wilmington selalu mempunyai tempat yang istimewa di hati saya dan adalah sebuah penghormatan untuk saya kembali memberi kepada komuniti di sini yang telah menyokong saya selama ini," kata Jordan seperti dipetik dari CNN.

Ini bukan kali pertama Jordan menderma kepada komuniti di kampung halamannya.

Beliau pernah menderma sekitar RM28 juta pada tahun 2017, juga untuk membuka dua buah klinik.

Klinik pertama yang dibina Jordan, Novant Health Michael Jordan Family Medical Clinic dibuka pada Oktober 2019.

Jordan malah telah menyumbangkan sebanyak 13, 000 kit ujian swab untuk mengesan virus COVID 19.

Kredit Foto: Getty Images